Connect with us

Oh! Media

Proton X70 Bakal Dilancarkan Disember Ini

03 exclusive customer preview central unveiling the proton x70jpg

Umum

Proton X70 Bakal Dilancarkan Disember Ini

Tarikh 12 Disember 2018 dipilih oleh Proton untuk mengadakan pelancaran model sulung kenderaan utiliti sukan, SUV iaitu Proton X70 yang dilaporkan akan dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia dilihat akan menjadi tahun penutup yang terbaik buat Proton sebelum memasuki tahun 2019. Pengumuman tarikh pelancaran itu bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan Proton X70.

Minggu lalu, Proton mengumumkan syarikat telah memperoleh pengiktirafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan Asean NCAP, diikuti dengan pengesahan baharu Proton X70 yang diklasifikasikan sebagai kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, “Kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa model baharu kami akan memberikan titik perubahan besar kepada syarikat.

“Kami juga akan mula menyerahkan kereta kepada pelanggan sejurus selepas pelancaran diadakan agar mereka yang telah memberikan kepercayaan kepada kami dengan membuat tempahan awal, akan diberi ganjaran,”

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas