Connect with us

Oh! Media

PRK DUN Semenyih: Calon Barisan Nasional Mendahului

Oh! Negara

PRK DUN Semenyih: Calon Barisan Nasional Mendahului

Pilihan Raya Kecil PRK DUN Semenyih yang berlangsung hari ini nampaknya berjalan dengan lancar dan berjaya melebihi sasaran keluar mengundi apabila mencatat 73.35 peratus iaitu sebanyak 53,411 orang pengundi telah keluar tunaikan tanggungjawab.

ADVERTISEMENT

Sasaran keluar mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR sebelum ini hanyalah sebanyak 70 peratus.

Setakat ini, kita masih menanti keputusan rasmi. Namun sehingga jam 7.15 malam tadi, calon BN, Zakaria Hanafi dilihat mendahului ke semua pesaingnya dengan jumlah undi sebanyak 13,634 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, yang memperoleh 11,964 undi.

Calon Bebas, Kuan Chee Heng, 56, mendapat 505 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul, 25 menerima 555 undi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas