Connect with us

Oh! Media

Tandas Berbau & Berlumut, Premis Hasilkan Tauhu Sangat Menjijikkan!

Umum

Tandas Berbau & Berlumut, Premis Hasilkan Tauhu Sangat Menjijikkan!

Ohmedia tak sangka ada sebuah kilang yang dikenali sebagai Choong Brother Bean amat menjijikkan! Menurut posting Public Health Malaysia di Facebook, ia telah menghasilkan produk tersebut dalam keadaan kotor dan berbau busuk.

ADVERTISEMENT

Bagi sesiapa yang ingin melihat tempat kilang tu, korang boleh tengok gambar dekat bawah ni. Pergh! Memang meloyakan apabila pihak berkuasa menemui hurungan lipas dan tandas berbau serta berlumut semasa melakukan pemeriksaan di premis tersebut.

Walaupun tauhu adalah makanan yang putih dan kelihatan bersih, siapa sangka rupa rupanya premis yang menghasilkan produk tersebut sangat kotor dan mempunyai bau busuk yang menjijikkan. Lebih meloyakan, pemeriksaan di kilang Chong Brother Bean turut menemui hurungan lipas di kilang berkenaan. Belum lagi di lihat pada permukaan lantai dan dinding tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang itu kotor dan hitam, manakala tandasnya pula berbau serta berdaki.




Walaubagaimanapun, kilang Choong Brother Bean diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana pekerjanya juga tidak memakai pakaian, kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan.

Pekerja pula tidak memakai pakaian, kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan. Premis terbabit diarahkan tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Jika anda mempunyai maklumat mengenai operasi kilang makanan yang kotor seperti ini, laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran untuk tindakan.

Nasib baiklah pihak berkuasa membuat pemeriksaan dekat tempat tu. Kalau tak, dah berapa banyak kita makan tauhu yang berwarna putih dan kelihatan bersih tetapi bila tengok prosesnya di kilang sangat menjijikkan gais!

OHMEDIA: TAKUT DAH NAK MAKAN TAUHU, BAIK BUAT SENDIRI DEKAT RUMAH.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas