Connect with us

Oh! Media

Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem – Tiada Unsur Burukkan Islam

7n zizanrazakjanji00jpg

Umum

Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem – Tiada Unsur Burukkan Islam

Lembaga Penapis Filem (LPF) mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk terhadap agama Islam.

“Lembaga Penapis Filem telah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam,” menurut kenyataan LPF hari ini.

Filem Polis Evo 2 kini menjadi kontroversi susulan perkongsian di media sosial mendesak penonton memboikot filem Polis Evo 2 yang didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas.

IKLAN

Menurut kenyataan itu, filem Polis Evo 2 memaparkan kisah dua pegawai polis yang mengintip pergerakan ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau.

“Dalam operasi itu, mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau berkenaan sebagai tebusan.

“Secara keseluruhan, filem itu mengisahkan usaha polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terbabit dalam insiden keganasan yang dipaparkan,” katanya lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas