Connect with us

Oh! Media

Poco F2 Secara Rasmi Telah Dilancarkan Di Malaysia Bersama Dua Pilihan Variasi Kepada Pengguna

Umum

Poco F2 Secara Rasmi Telah Dilancarkan Di Malaysia Bersama Dua Pilihan Variasi Kepada Pengguna

Hari ini secara rasminya smartphone Poco F2 Pro telah dilancarkan di Malaysia gais. Mesti ramai yang tunggu smartphone terbaru di bawah siri Poco ni keluar kan? Poco F2 Pro ini akan dijual dengan dua pilihan kepada pengguna sama ada inginkan variasi yang 6GB RAM bersama 128GB storage ataupun 8GB RAM bersama 256GB storage.

ADVERTISEMENT

Smartphone ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.67 inci Super AMOLED. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm SM8250 Snapdragon 865. Untuk bateri, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 4,700mAh bersama pengecasan pantas 30W menggunakan USB port type-c. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi yang ditawarkan pada Poco F2 ini boleh tekan link di bawah ya.


BACA : Poco F2 Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Bateri Sebesar 4,700mAh Bersama Pengecasan 30W

Poco F2 Pro ini akan mula dijual pada 10 Jun nanti gais. Bagi Poco F2 Pro yang variasi 6GB RAM bersama 128GB storage ini akan dijual pada harga RM2,199 dan yang variasi 8GB RAM bersama 256GB storage pula dijual pada harga RM2,599. Harga tidak terlalu mahal kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua variasi ini, tetapi spesifikasi yang ditawarkan jauh bezanya. Sebelum membeli tu korang fikir dulu mengikut kegunaan ya.

Kredit : GSM Arena | TechNave

+ Baca respon pembaca peminat Poco F2 di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas