Connect with us

Oh! Media

Poco F2 Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Bateri Sebesar 4,700mAh Bersama Pengecasan 30W

Umum

Poco F2 Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia, Bateri Sebesar 4,700mAh Bersama Pengecasan 30W

Xiaomi Malaysia bakal membawa masuk Poco F2 Pro untuk pasaran Malaysia tak lama lagi gais dan hal ini baru saja diumumkan oleh mereka sendiri baru-baru ini. Walaubagaimanapun, pelancaran bagi smartphone terbaru Xiaomi di bawah siri Poco ini masih belum ditetapkan lagi tarikhnya. Mesti ramai dekat luar sana yang pakai Poco F1 tu tak sabar nak upgrade ke model yang paling latest ni kan?

ADVERTISEMENT

Untuk model Poco F2 Pro ini didatangkan dengan skrin 6.67 inci AMOLED FHD+. Cip pemprosesan Qualcomm SM8250 Snapdragon 865 yang akan dikuasakan dalam F2 Pro ini. Menerusi catatan GSM Arena, ada dua variasi yang boleh korang pilih mengikut kehendak masing-masing. Satunya didatangkan dengan memori 8GB RAM bersama 128GB storan dan keduanya bermemorikan 8GB RAM bersama 256GB storan. Ia juga dilengkapi dengan bateri sebesar 4,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W menggunakan USB port type-c gais.

Untuk kamera belakang, F2 Pro ini hadir dengan 4 lensa yang dilengkapi 64 megapixel sensor utama + 5 megapixel telefoto makro + 13 megapixel ultrawide + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula didatangkan dengan 20 megapixel. Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan pada F2 Pro ini iaitu Neon Blue, Phantom White, Electric Purple dan juga Cyber Gray.

Sumber : GSM Arena | TechNave

+ Baca respon pembaca peminat smartphone Huawei dibawah siri Poco di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas