Connect with us

Oh! Media

PM New Zealand Jacinda Ardern Terima Ugutan Bunuh di Twitter

Umum

PM New Zealand Jacinda Ardern Terima Ugutan Bunuh di Twitter

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini telah menerima beberapa ugutan bunuh menerusi Twitter dan pihak polis New Zealand sedang giat menyiasat ugutan terbabit.

ADVERTISEMENT

Laporan New Zealand Herald menyebut, status di laman Twitter yang memaparkan gambar sepucuk pistol beserta kapsyen ‘awak seterusnya’ yang dihantar kepada Ardern telah dimuat naik lebih dari 48 jam sebelum akaun Twitter terbabit disekat susulan laporan oleh pengguna lain.

Satu lagi status berasingan yang ditujukan kepada perdana menteri New Zealand itu dan juga pasukan polis turut mempunyai gambar dan kapsyen yang sama.

Turut didapati, akaun Twitter terbabit mengandungi beberapa isi dan kandungan berbaur anti Islam yang menunjukkan ia dari pelampau kulit putih.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas