Connect with us

Oh! Media

PM Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

Oh! Negara

PM Cadangkan Pertukaran Waktu Kerja Daripada Siang Kepada Malam

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan cadangan agar menukar sebahagian waktu kerja bagi beberapa industri daripada hari siang kepada malam yang dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

ADVERTISEMENT

Menurut Dr Mahathir, kebanyakan kerja dalam industri kotor, berbahaya dan sukar “dirty, difficult and dangerous” (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat kerana cuaca siang yang panas, justeru pekerjaan itu diserahkan kepada warga asing.

Untuk pengetahuan korang, sebanyak RM60 bilion wang negara telah dibawa keluar setiap tahun oleh warga asing dan kini telah mencecah jumlah 7 juta warga asing yang bekerja di negara ini.

“Memang gelap pada waktu malam, tapi kita lihat ramai orang kaya main golf pada waktu malam dengan pemasangan lampu. Jadi tidak mustahil juga rakyat kita akan tanam padi pada waktu malam dengan pemasangan lampu, dan kita dapat selesaikan masalah panas.

“Mungkin ramai sukar terima tapi lama-kelamaan kita akan biasakan diri dengan cara macam ini, jadi dengan kerja pada waktu malam dengan bantuan lampu ia dapat mengurangkan tekanan berkerja dalam panas pada waktu siang,” ujar Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga berharap agar rakyat dapat bekerja keras untuk hidup selesa dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas