Connect with us

Oh! Media

Pihak MABA Katakan Kesilapan Bukan Datang Dari Mereka, Pihak Polis Buka Kertas Siasatan

Umum

Pihak MABA Katakan Kesilapan Bukan Datang Dari Mereka, Pihak Polis Buka Kertas Siasatan

Baru jer tadi Ohmedia naikkan artikel pasal kesilapan Jalur Gemilang yang dinaikkan oleh MABA dan walaupun sudah melakukan permohonan maaf, pihak polis kini mengesahkan akan tetap memanggil Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia untuk lakukan siasatan.

ADVERTISEMENT

Berita berkaitan: Tersebar Jalur Gemilang Dengan 5 Bintang, MABA Kata Kesalahan Teknikal?

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan keterangan telahpun diambil pada jam 8 pagitadi.

Bagaimanapun, dalam keterangan itu mereka menjelaskan yang kesilapan itu bukanlah datang dari pihak MABA, tetapi datang dari pihak konsultan teknologi maklumat.

Presiden Maba ada berjumpa dengan saya pagi tadi untuk memperjelaskan kejadian sebenar dan saya meminta beliau untuk buat laporan polis di Balai Polis Tun H.S Lee. Pihak konsultan berkenaan juga dipanggil dan disiasat sekiranya kejadian ini mempunyai motif tertentu sama ada disengajakan atau sebaliknya. – kata Datuk Mazlan.

Datuk Mazlan juga mengingatkan mana-mana pihak untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi dan menjadi kebiasaan untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik sebelum majlis bermula.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas