Connect with us

Oh! Media

Pesawat Lion Air Disahkan Terhempas, Membawa 181 Penumpang

Umum

Pesawat Lion Air Disahkan Terhempas, Membawa 181 Penumpang

Awal pagi tadi  dilaporkan sebuah pesawat Lion Air hilang dari radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada jam 6.20 pagi.

ADVERTISEMENT

Maklumat terkini mengesahkan bahawa pesawat yang membawa 181 orang penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di koordinat 05 46.15 S – 107 07.16 E.

Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 13 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, pihak kedutaan sedang berusaha mendapatkan maklumat lengkap berkenaan senarai penumpang pesawat itu bagi melihat sama ada rakyat Malaysia turut terbabit atau tidak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas