Connect with us

“Mesut, Jangan Lupa Kita Hidup Sementara Sahaja Di Dunia Ini”, Pesanan Ibu Ozil Buat Ramai Terharu

Umum

“Mesut, Jangan Lupa Kita Hidup Sementara Sahaja Di Dunia Ini”, Pesanan Ibu Ozil Buat Ramai Terharu

Beberapa hari ini, kita telah mengetahui apa yang terjadi kepada pemain bola sepak Arsenal Mesut Ozil yang dikecam teruk oleh kerajaan China dan penduduknya yang dilihat terkesan dengan perkongsian yang dinaikkan Ozil mengenai penindasan terhadap etnik Uighur di China.

Walaupun, mungkin Ozil boleh dikenakan tindakan dan ugutan dari banyak pihak, dia tetap berani menyuarakan dan untuk berbuat demikian tidak perlu popular atau berkuasa, cukuplah bila kita mempunyai hati serta berperikemanusiaan.

Untuk korang yang mungkin baru mengenali atau mendengar nama Mesut Ozil ni, jom kita lihat sedikit perkongsian mengenai latar belakar Ozil yang dikongsikan oleh Jasmine Greentea di laman Facebooknya.

Ozil sememangnya merupakan seorang pemuda beragama Islam Jerman dan berdarah Turki. Apa yang didedahkan lagi, Ozil ketika sebelum menjadi bintang bola sepak adalah dari sebuah keluarga yang susah dan ibu Ozil hanya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah.

Selain itu, pemilik akaun Facebook terbabit turut mendedahkan kandungan sepucuk surat yang ditulis ibu Ozil semasa dia menandatangani kontrak untuk bermain bersama Arsenal.

Mesut, jangan lupa, kita hanya hidup sementara sahaja di dunia ini. Tuhan telah kurniakan kelebihan tertentu kepadamu. Tetapi kelebihan yang kamu miliki ini sebenarnya bukan milikmu seorang sahaja. Jika kelebihan yang kamu miliki pada hari ini tidak dikongsikan dengan orang lain, maka kamu bukan lagi anakku. – Tulis ibu Ozil.

Menurut penulisan dari Fakta Bola pula yang dikongsikan Jasmine, ada mendakwa bahawa Ozil pernah membiayai operasi penyakit 1000 orang kanak-kanak yang memerlukan dan telah memberi makan kepada 100,000 pelarian Syria yang berada di kem pelarian Turki.

Jadi itulah sedikit sebanyak tentang diri Mesut Ozil dan semoga lebih ramai yang berani tampil kehadapan.

Sumber: Jasmine Greentea

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top