Connect with us

Oh! Media

Perumpamaan Wanita Solehah Seperti Gagak Hitam

Umum

Perumpamaan Wanita Solehah Seperti Gagak Hitam

ADVERTISEMENT

Wanita solehah, wanita mukminah, wanita calon ahli syurga, wanita pilihan ialah seperti para sahabiah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Mereka adalah wanita-wanita terbaik pada zaman yang terbaik dan menjadi contoh kepada wanita seluruh zaman. Ini kerana taatnya mereka kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam atas segenap perintah.
Mereka punya rasa malu yang tinggi dan punya keinginan berlumba-lumba melakukan kebajikan demi kebajikan dan berkasih sayang.
Mereka diumpamakan seperti sekumpulan gagak hitam, iaitu suatu burung yang seluruh tubuhnya ditutupi bulu hitam melambangkan pentingnya menutup seluruh aurat dari fitnah serta ajnabi dengan warna yang tidak menarik perhatian dan kusam.
Ingatlah tatkala dikhabarkan mengenai mereka,
Dari Safiyyah binti Shaybah katanya: “Ketika kami bersama Aisyah radhiallahu ‘anha, kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu Aisyah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “..dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka..”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu berhijab dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang berhijab bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seakan-akan sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.” (Riwayat Ibn Abi Hatim & Abu Daud)
Dalam hadith lain, Aisyah berkata: “Tatkala disebut mengenai para wanita Ansar, dia memuji mereka seraya berkata: “Mereka sudah dikenal kebaikannya.” Dia juga berkata: “Tatkala turun surah An-Nur, mereka segera mengambil selendang mereka, kemudian merobeknya untuk dijadikan sebagai penutup kepala dan wajah.” (Riwayat Ahmad)

Persoalannya, adakah kita di akhirat ingin digolongkan dalam golongan ‘gagak hitam’ ini atau mereka yang jauh dari fitrah ’gagak hitam’ ini?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas