Connect with us

Oh! Media

Perspektif Atas Nikmat dan Ujian Ilahi

Umum

Perspektif Atas Nikmat dan Ujian Ilahi

Kau lihat orang kafir terus diberi nikmat demi nikmat, maka janganlah cemburu kerana dunia ini miliknya dan akhirat nanti tiada apa untuknya kecuali azab.

ADVERTISEMENT

Kau lihat orang kafir yang miskin, mungkin kerana tidak banyak bakti di dunia. Dan tidak banyak berbuat baik kepada manusia. Kasihan dunia akhirat bukan miliknya.

Kau lihat orang islam yang kaya terus diberi kekayaan walaupun dia tak taat pada perintah Allah, jangan cemburu, dia sedang menerima istidraj dari Allah. Kekayaannya akan menjauhkan dia dari Allah lagi.

Kau lihat si kaya namun pemurah harta. Dia diuji Allah Taala dengan pemberian nikmat, untuk Allah lihat dia bersyukur atau sebaliknya. Orang begini disayangi Allah dan Rasul.

Kau lihat orang alim (bijak pandai) tapi dia tidak mengamalkan apa yang dia belajar, ketahuilah bahawa ia juga istidraj buat dirinya.

Kau lihat orang alim istiqamah dengan amalnya. Ke sana ke mari memikir akan hal agama. Menyeru umat dengan ilmu di dadanya. Akhiratnya dirisau. Inilah pewaris Nabi yang mulia.

Kau lihat orang islam yang miskin suka meminta ke sana ke mari. Tiada usaha tiada berdoa, tiada tawakal, dah berputus asa. Dia akan terus begitu, hingga berhenti ia dari meminta kepada makhluk.

Kau lihat orang islam miskin tapi dia tidak pun ke sana ke mari meminta-minta pada orang ramai. Kerana dia tahu bahawa perbuatan tersebut tidak disukai Allah dan Rasul, dan dia redha atas takdir yg diberi kepadanya, dan dia usaha semampunya untuk hidup sementaranya di dunia, kerana dia tahu akhirat sahaja tempat kekal bahagia selamanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas