Connect with us

Oh! Media

“Perokok Tidak Patut Ambil Zakat ataupun Derma” – Dr Maza

Fb img 1494013553061jpg

Umum

“Perokok Tidak Patut Ambil Zakat ataupun Derma” – Dr Maza

Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) yang merupakan Mufti Perlis menempelak segelintir perokok yang menuntut wang zakat sedangkan dirinya membuat pembaziran pada wang ringgit dengan perkara yang sia-sia.

Berikut adalah apa yang dicoretkan olehnya melalui laman Facebook semalam;

:Orang yang merokok merupakan orang kaya. Dia membazirkan wang untuk sesuatu yang bukan sahaja sia-sia, bahkan merosakkan diri sendiri dan orang di sekitarnya. Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu. Apatahlagi rokok sekarang harganya mahal.

IKLAN

Maka perokok bukan seorang miskin sehingga dia perlu meminta bantuan zakat ataupun bantuan kewangan yang lain. Apakah wajar diberikan bantuan zakat ataupun selainnya kepada orang yang membazirkan wang dengan membakar dan merosakkan diri serta orang lain. Dia tidak termasuk dalam asnaf fakir ataupun miskin sebenarnya.

Jika ada yang bertanya saya, wajarkah beliau berikan zakat ataupun derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya pasti menjawab TIDAK! Carilah orang yang benar-benar miskin.”

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas