Connect with us

Oh! Media

Perodua Perjelas Isu Gambar Viral Di Media Sosial

Imagejpg

Umum

Perodua Perjelas Isu Gambar Viral Di Media Sosial



Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam,
menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial
menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah
daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid
Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut
disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

“Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak
akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua
tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam
pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami,” katanya
dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen
teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi
pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan
transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

IKLAN

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan
mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk
melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel,”
katanya.

Sumber: Sinar Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas