Connect with us

Oh! Media

Perodua Pamerkan Rekaan Masa Depan X-Concept

Klims 2018 perodua showcased x concept 01 760x503jpg

Oh! Lifestyle

Perodua Pamerkan Rekaan Masa Depan X-Concept

Pengeluaran kereta nasional kedua negara iaitu Perodua kini memperkenalkan model terbaru iaitu X-Concept diamana ia merupakan kenderaan berkonsepkan teknologi ke arah inspirasi dan gaya hidup pada masa depan.

Pameran yang dilakukan di KLIMS18 itu menampilkan visi Perodua pada masa depan ang mana kereta menjadi gaya hidup yang pertama, cara pengangkutan yang kedua serta dilengkapi dengan teknologi yang disambungkan.

IKLAN

“Pengunjung dialu-alukan untuk berinteraksi kepada pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua untuk memberikan maklum balas dan pandangan dan kami membenarkan orang awam untuk ‘memandu’ dan merasainya sendiri pengalamannya menerusi kehebatan realiti maya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dengan profil hatchback yang dinamik, Perodua X-Concept menampilkan antaranya gril depan yang diterangi LED dan logo Perodua serta lampu depan LED berbentuk Y yang rendah.

Sementara itu bahagian dalaman kereta menampilkan antaranya susun atur papan pemuka yang dilengkapi panel instrumen transistor filem yang nipis serta skrin sentuh berpusat 12.9 inci.

Oleh itu, buat mereka yang ingin melihat sendiri rekaan ini, bolehlah datang ke Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 hingga 2 Dicember.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas