Connect with us

Oh! Media

Perodua Bezza 2020 Dilancarkan Secara Rasmi. Harga Bermula RM34,580 hingga RM49,980

Umum

Perodua Bezza 2020 Dilancarkan Secara Rasmi. Harga Bermula RM34,580 hingga RM49,980

Ramai yang menanti kemunculan Perodua Bezza 2020 untuk dilancarkan memandangkan Perodua Bezza sentiasa bersaing hebat dengan kereta Proton Saga terbaru tahun lalu, maka ramai yang menanti kemunculan Bezza baru ini untuk membolehkan mereka membuat keputusan memilih mana satu yang lebih berbaloi untuk dibeli.

ADVERTISEMENT

Akhirnya pada hari ini, Perodua Bezza 2020 Facelift telah dipertontonkan kepada umum melalui pelancaran rasminya sebentar tadi.

Semua pun tahu yang Perodua Bezza 2020 ini hanyalah versi facelift bagi Perodua Bezza yang terdahulu, tetapi apa yang dapat kita lihat adalah terdapat banyak juga perubahan pada rekaan luar dan dalaman yang telah dibuat.

Dari segi rekaan luaran, Perodua Bezza kali ini tampil garang dengan rekaan lampu hadapan, grill & bumper serba baharu begitu juga pada bahagian belakang. Pada Ohmedia, rekaan bahagian depan Bezza 2020 ini sangat jauh lebih cantik berbanding versi sebelumnya. Bagi bahagian belakang tu, kami rasa agak sedikit “overdone” tapi keseluruhannya tetap baik.

Untuk rekaan dalaman pula, Perodua Bezza hadir dengan Push Start/Stop Button dengan Smart Entry, kerusi separa-kulit, rekaan meter baru, Multimedia System dengan fungsi ‘Smart Link’ sama seperti yang ada di Myvi, dan juga slot USB di bahagian belakang konsol tengah.

Tidak dilupakan, beberapa features lain yang pastinya akan memudahkan penggunanya dari semasa ke semasa.

Perodua Bezza 2020 ini didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Ivory White, Garnet Red, Granite Grey, Sugar Brown, Glittering Silver, dan Ocean Blue. Apapun bagi warna Garnet Red hanya terdapat pada versi AV dan X sahaja.

Harga bagi Perodua Bezza 2020 ini bermula dari RM34,580 bagi spec terendah (Bezza 1.0G Manual) sehinggalah membawa kepada RM49,980 untuk spec yang paling tinggi (Bezza 1.3 AV).

Jadi apa pandangan korang dengan Perodua Bezza 2020 ni? Adakah ianya menepati apa yang korang impi dan bayangkan? Kalau berminat, booking sekarang di Jual Perodua atau Whatsapp 013 255 0042

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas