Connect with us

Oh! Media

Perodua Aruz Dijangka Akan Terjual Sebanyak 31,200 Unit

2019 perodua aruz launch 2 1200x628jpg

Umum

Perodua Aruz Dijangka Akan Terjual Sebanyak 31,200 Unit

Perodua Aruz yang telah dilancarkan tempoh hari, menyasarkan jualan sebanyak 31,200 unit untuk tahun ini bagi model Sport Utiliti SUV keluaran terbaru syarikat itu.

Jumlah ini disasar dengan jualan 2,500 unit sebulan dan ia dikatakan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin.

Tempahan yang mula dibuka pada 3 Januari lalu telah mendapat sebanyak 2,200 unit dan ia dilihat akan memberikan keunikan tersendiri dengan ciri-ciri canggih yang kebiasaannya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

IKLAN

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan harga ditawarkan masing-masing di atas jalan sebelum insurans ialah RM72,900 dan RM77,900.

Antara ciri keselamatan yang terdapat pada SUV itu ialah Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX serta enam beg udara manakala varian Advance dilengkapi dengan sistem Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas