Connect with us

Oh! Media

Permohonan Passport Boleh Dibuat Melalui Online Bermula September

ohmedia renew passport onlinejpg

Umum

Permohonan Passport Boleh Dibuat Melalui Online Bermula September

Bagi yang kerap keluar negara pasti terpaksa meluangkan banyak masa di Jabatan Imigresen hanya untuk urusan permohonan mahupun pembaharuan passport kerana jumlah nombor giliran yang agak panjang.

Kini, Jabatan Imigresen bakal melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas talian (online) seawal September ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil serius dengan isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang berlaku.

“Kita akan laksanakan sistem online 100 peratus September ini untuk mempermudahkan urusan orang ramai. Ia sekali gus akan mengurangkan masalah kelewatan permohonan yang dialami masa kini,” katanya.

IKLAN

Katanya, kejadian panik susulan laporan di media sosial menyebabkan pihaknya terpaksa menghadapi jumlah permohonan yang luar biasa.

Selain permohonan dengan jumlah yang luar biasa, kekurangan stok dari pembekal antara punca kelewatan permohonan.

Beliau turut meminta pegawai di setiap lokasi untuk turun padang memberi penjelasan situasi semasa di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara.

Malah, pihaknya turut mengambil langkah proaktif untuk memastikan piagam pelanggan untuk menyiapkan pasport dalam tempoh sejam disampaikan dengan baik kepada orang ramai.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas