Connect with us

Oh! Media

Permohonan Ditolak – Kemenangan Tok Mat di DUN Rantau Terbatal

Oh! Negara

Permohonan Ditolak – Kemenangan Tok Mat di DUN Rantau Terbatal

Nampaknya permohonan rayuan dari Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini telah ditolak Mahkamah Persekutuan apabila memustuskan kemenangan Tok Mat di DUN Rantau pada PRU-14 sebagai terbatal dan tidak sah.

ADVERTISEMENT

Hakim Malanjum juga memerintahkan SPR dan Mohamad untuk masing-masing membayar kos RM10,000.

Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban membenarkan petisyen pilihan raya Dr Streram untuk membatalkan kemenangan Mohamad tanpa bertanding bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menegaskan tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan seseorang calon, pencadang dan penyokong perlu mempunyai tag atau pas masuk untuk mengemukakan borang pencalonan.

Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram, seorang pakar bius, dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, disebabkan beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas