Connect with us

Oh! Media

Perluas Kempen Henti Niaga 15 Minit Pada Waktu Maghrib

Oh! Lifestyle

Perluas Kempen Henti Niaga 15 Minit Pada Waktu Maghrib

Kerajaan Terengganu di lihat terus bergerak ke hadapan selepas bertukar permerintahan dan kini kerajaan negeri bercadang untuk memperluaskan kempen berhenti rehat 15 minit pada waktu maghrib.

ADVERTISEMENT

Kini kempen berhenti 15 minit telah dilaksanakan di Medan Selera Jerteh, Besut dan kini sedang merangka untuk dilaksanakan ke semua tempat perniagaan atau pasar.

Walaubagaimanapun ia akan dilaksanakan setelah semua tempat di kenal pasti dan disediakan kemudahan asas seperti surau dan tempat wuduk.

“Kita memulakan kempen ini (berhenti rehat 15 minit) iaitu 5 minit sebelum azan Maghrib dan 10 minit selepas di Besut, pada 15 Syawal yang lalu dan medan selera itu sememangnya mempunyai kemudahan untuk solat.

“Tidak dapat dinafikan pada awalnya ada peniaga yang membantah kerana ia merupakan waktu ramai pelanggan yang datang.

“Bagaimanapun, selepas ia dilaksanakan peniaga mematuhi kempen yang diadakan dan sehingga kini ia diteruskan,”kata Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Menurut Mohd Nurkhuzaini lagi, perbincangan secara lebih lanjut dengan semua pihak termasuk persatuan penjaja di daerah-daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibuat dalam masa terdekat ini untuk memastikan hasrat untuk melaksanakan kempen ini secara menyeluruh akan terlaksana.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas