Connect with us

Oh! Media

Perkongsian Aliff Syukri Mengenai Bapanya Buatkan Ramai Turut Sedih dan Bersimpati

Umum

Perkongsian Aliff Syukri Mengenai Bapanya Buatkan Ramai Turut Sedih dan Bersimpati

Perkongsian kisah sedih diantara Datuk Seri Aliff Syukri dan bapa kandungnya Hj kamarzaman B Kamaludin yang telah meninggal dunia .

ADVERTISEMENT

Perkongsian yang dibuat sendiri oleh Alif Syukri di Instgramnya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya yang dilihat turut bersedih dan bersimpati dengan keluarga itu.

Alif Syukri sebelum ini telah berkongsi tentang keadaan ayahnya yang dikatakan sedang lemah dan mengalami sesak nafas dan doktor melaporkan bahawa bapanya hadapi serangan jantung tahap 3 dan paru-paru berair.

Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbanan yang dilakukan bapanya dahulu sehingga kini tidak terbalas.

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakan tak percaya abah tak ada lagi…

“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu…..abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun…

“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri tak sempat nak balas budi abah…….tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya…dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Aliff turut berkongsi kisah penceraian bapa dan ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang selama ini mengimpikan agar mereka dapat disatukan.

hanya yg pernah mengalami perceraian ibu bapa je faham apa yg saya lalui….impianku dari kecil ingin semua bersatu dalam gambar ni bersatu dan hari ni “dah punbersatu”😢….cuma gambar arwah kakak saya ani x ada dalam ni…kalau arwah ani ada dia mesti dah besar dan cantik mcm kak long dan hari ni sy tersenyum walapun hanya gambar yg di edit tpi bagi sy cukup indah.. . . Dulu kecik2 saya selalu mengharap kami akan bersatu mcm family normal yg lain ada ibu dan abah dan adik beradik duduk satu bumbung tpi mak sy @bondarozitaibrahim bercerai… dan sy ada kakak terencat akal arwah ani dan yg hidup kak long @yatie_sendayutinggi adalah kakak kandung satu mak dan abah hasil perkahwinan pertama mereka…..apa kah daya jodoh itu ketentuan Allah…..dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya…..dulu sy selalu fikir kenapa kenapa keluarga aku tak sempurna..knp bukan keluarga orang lain… . Keluarga yg x lengkap ni……Insya Allah akan lengkap di syurga…. dan semoga gambar ini menjdi saksi dan kita berjumpa di syurga dalam satu family bersama arwah ani.. Mari sedekah kan doa dan Al Fatihah buat abah sy yg tercinta Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin….. .
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas