Connect with us

Penunggang Kuda Utusan Dari Allah

Umum

Penunggang Kuda Utusan Dari Allah

Muhammad Ibnu Daud menceritakan bahawa Ad Duqqi seorang lelaki sufi pernah menyewa haiwan untuk suatu perjalanan dari Dimasyq ke Zabdani. Dan di suatu hari ada seorang lelaki ikut menumpang. Mereka berdua melalui jalan biasa; dan ketika sampai di tengah perjalanan, ada jalan yang sudah tidak digunakan lagi. Lalu lelaki yang menumpang berkata kepadanya: “Ambillah jalan ini, kerana sesungguhnya ini adalah jalan pintas.” Dia berkata: “Apakah tidak ada pilihan lain bagiku?” Lelaki itu berkata: “Tidak, bahkan jalan inilah yang terdekat ke tujuan kita.”
Akhirnya kami terpaksa menempuhnya dan sampailah kami di suatu tempat yang curam, padanya terdapat jurang yang dalam, sedangkan di dalam jurang itu banyak mayat. Kemudian lelaki itu berkata: “Tolong tahanlah haiwan ini, kerana aku akan turun.” Lelaki itu turun dan menyingsingkan lengan bajunya, lalu mengeluarkan pisaunya dengan tujuan akan membunuhku, maka aku lari dari hadapannya, tetapi dia mengejarku. Lalu saya meminta belas kasihan kepadanya dengan menyebut nama Allah, dan saya katakan kepadanya: “Ambillah haiwan ini dengan semua muatan yang ada padanya (biarkanlah aku selamat, jangan kau bunuh).” Lelaki itu menjawab: “Sesungguhnya aku hanya menginginkan nyawamu.”
Aku takutkan dia dengan siksaan Allah (jika membunuhku), tetapi dia bersikap keras ingin membunuhku dan tidak mahu menerima nasihatku, akhirnya aku menyerahkan diri padanya seraya berkata: “Aku mahu menyerah asal kamu berikan sedikit waktu bagiku untuk solat dua rakaat.” Dia menjawab: “Segeralah kamu lakukan.”
Aku berdiri dan melakukan solat, tetapi Al-Quran yang telah ku hafal tidak ada yang ku ingat lagi, tiada satu huruf pun darinya yang terlintas dalam fikiranku (kerana dalam keadaan takut) sehingga aku hanya berdiri kebingungan, sedangkan orang yang akan membunuhku mengatakan: “Cepat sedikit.” Dan Allah menggerakkan lisanku untuk mengucapkan firman-Nya: ‘Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.’ (An-Naml: 62).
Tiba-tiba aku melihat seorang penunggang kuda datang dari mulut lembah kami berada, sedangkan di tangannya terpegang sebuah tombak, lalu ia lemparkan tombak itu ke arah lelaki yang akan membunuhku, dan tombak tersebut tepat mengenai jantung lelaki itu. Akhirnya dia terjatuh mati seketika itu juga. Lalu aku bergantung pada penunggang kuda itu seraya bertanya: “Demi Allah, siapakah engkau ini?” Penunggang kuda menjawab: “Aku adalah utusan Tuhan yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya.” Lalu aku mengambil haiwanku bersama semua muatannya dan pulang dengan selamat.

(Tafsir Ibnu Katsir, Surat An-Naml Ayat 62, 3/383)

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top