Connect with us

Oh! Media

Peniaga OKU Berhati Mulia

Umum

Peniaga OKU Berhati Mulia

Berikut adalah perkongsian dari followers Oh! Media yang bagus untuk kita hadamkan bersama.

ADVERTISEMENT

Assalamualaikum team Oh!Media, mohon kerjasama tolong postkan pasal peniaga OKU yang berhati mulia ni, cacat penglihatan hanya tinggal 10% sahaja.

Nasi Kaya RM3 nama diberi..dijual oleh adik OKU di simpang jalan Labroy Ipoh.

Banyak isi dia. Ayam 4 ketul dgn sayur dan papadom. Boleh pilih 2 lauk berbeza. Ada ayam masak merah, ayam goreng rempah or ikan keli masak cili. Nasik pun banyak. Rasa memang sedap..puas la makan.

Rega? 3 hengget! Kaget sebentar. Bila tanya..”untung ke dik?” Jawapannya buat mak terpegun…

“Alhamdulillah puan, biar untung sikit asal berkat. Rezeki Allah yang bagi. Saya buat yang terbaik jer..insyaAllah org puas hati nanti dia dtg lagi” ujarnya sambil tersenyum ikhlas.

SubhanaAllah. Memang harus dibantu. Org gini jgn berkira dgn dia. Bukan dia cari duit nak buat shopping mall pun..tapi nak isi perut anak dan isteri. dia hanya cacat penglihatan tapi celik mata hati

Profile beliau : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009546194673

Sebelum ni seorang pensyarah IT, skrg dah jadi OKU.

Penyakit yang ditanggung beliau:

1) Strok Otak kanan. kategori Lacunar Infarct , Lacunar Amnesia
2) Diabetic Type 1, On insulin
3) Hypertension
4) Sawan
5) Bi-Polar Disorder. Belum ke Manic Depression Disorder
6) OKU cacat penglihatan,cvision paling clear 1kaki…10% je nampak utk kedua2 belah… cuma yg kiri tu kadang2 dia boleh nampak.. tgk dia suka. Sbb ini bukan penyalit natural dan sebab silap manusia. yg sebelah kkanan tu kadang2 sampai 100% tak nampak pun ada.. so pakai satu mata yg 10% tu le.

Anak bongsunya: Craniositosys, Tengkorak kepala bersambung awal. risiko kepala akan memanjang/membesar ke arah belakang dan kempis di hadapan. Dah buat ops kat HKL bulan 8 2014. skrg on treatment susulan di HKL , 4 bulan sekali akan pegi untuk rawatan susulan. Terima Kasih.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas