Connect with us

Oh! Media

Penggoda Ulama’ Yang Bertaubat

Umum

Penggoda Ulama’ Yang Bertaubat

ADVERTISEMENT
Seorang wanita muda dan cantik dijanjikan wang sebanyak seribu dirham jika dia mampu menggoda seorang ulama’ Kufah yang zuhud bernama Rabi’ bin Khuthaim.
Wanita itu menerima tawaran tersebut lalu berhias secantiknya. Dia memakai pakaian terbaiknya dan mengenakan minyak wangi paling harum. Apabila ulama’ itu keluar ke masjid, wanita itu menghalangnya di tengah jalan lalu membuka tudungnya dan mempamerkan kecantikannya.
Ulama’ tersebut memandang wajah wanita itu dan beliau sangat terkejut. Beliau mendekati wanita itu lalu berkata:
“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika tubuh yang cantik ini ditimpa penyakit sehingga merosakkan warna dan kecantikannya!”
“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku apabila Malaikat Maut memutuskan urat jantungmu?”
“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika Munkar dan Nakir mengajukan soalan tetapi engkau tidak mampu menjawabnya?”

Wanita itu terus menjerit dan jatuh pengsan. Apabila tersedar, dia bertaubat dan terus menjadi seorang yang sangat rajin beribadah. Pada hari kematiannya, tubuhnya telah kurus kering kerana terlalu banyak melakukan puasa dan solat malam.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas