Connect with us

Oh! Media

Pengarah Filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid Kritikal di ICU

sya180906mamat nstfield image listing featuredvar 1536214836jpg

Umum

Pengarah Filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid Kritikal di ICU

Pengarah dan pelakon yang popular dengan filem arahanya Hantu Kak Limah iaitu, Mamat Khalid kini dilaporkan sedang kritikal akibat masalah paru-paru dan jantung.

Mamat Khalid sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, ICU di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya sejak Jumaat lepas dan ini dinyatakan oleh isterinya.

“Sekarang saya mengharapkan keajaiban. Bermula malam tadi, suami saya ditidurkan untuk selama 48 jam. Dari masa ke masa, dia dipantau rapi. Bacaan tekanan darahnya mula ada respons positif apabila ahli keluarga membisikkan kata-kata semangat dan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,” ujar Hasmah sewaktu dihubungi Kosmo! Online.

IKLAN

Untuk maklumat lain, sebelum ini Mamat Khalid telah menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran darah yang tersumbat di jantung namun terus menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Oh! Media: Semoga Mamat Khalid diberikan kekuatan dan harap semua rawatan dapat dilakukan dengan lancar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas