Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Pengantin Cipta Sejarah Bersanding Dalam Bas Rapid

Umum

(Gambar) Pengantin Cipta Sejarah Bersanding Dalam Bas Rapid

Sepasang pengantin baru mencipta kelainan mereka tersendiri kerana melakukan persandingan dalam sebuah bas Rapid Penang di Bayan Baru.

Kedua-dua mempelai, Mohd Helmi, 27, dan pasangannya Ainurul Fazeanna, 20 diarak dalam bas itu sejauh 10 kilometer dari depoh Sungai Nibong sehingga ke lokasi kediaman mereka dan turut diiringi dengan sekumpulan 45 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Perempuan Jalan Scotland.

Helmi merupakan pembantu sumber manusia di syarikat pengankutan awam tersebut sememangnya berhasrat untuk meraikan hari perkahwinannya dalam bas semenjak mula berkhidmat disitu pada tahun 2009.

“Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup saya dan isteri. Impian bersanding di dalam pengangkutan awam itu dibuat kerana saya mahukan kelainan.

“Idea sebegini sudah lama diimpikan dan ia telah mendapat persetujuan daripada seluruh ahli keluarga kami,” katanya.

Menurut orang kuat syarikat pengangkutan itu, majlis persandingan itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk menarik lebih orang ramai menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Malah pihak syarikat pengangkutan awam itu juga sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan pakej persandingan di dalam bas Rapid dalam tempoh terdekat ini.

OHMEDIA: Setiap orang berhak untuk mencipta kenangan indah mereka dengan cara mereka tersendiri.

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top