Connect with us

Oh! Media

Penganggur Curi Losyen Di Pasar Raya Dipenjara Sebulan

Umum

Penganggur Curi Losyen Di Pasar Raya Dipenjara Sebulan

 

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri tiga botol losyen badan, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Nor Fitri Abd Manaf, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga botol losyen badan jenama Nivea bernilai RM65.70 di Pasaraya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 4.45 petang, 27 Dis lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Dis.

Muhammad Nor Fitri didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu ketika rayuan tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibunya yang sakit dan juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira keseriusan kes curi selain memberi pengajaran kepada tertuduh.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas