Connect with us

Oh! Media

The Hut Janjikan Pengalaman Berbeza, Homestay Yang Wajar Anda Pilih Apabila Ke Melaka

Umum

The Hut Janjikan Pengalaman Berbeza, Homestay Yang Wajar Anda Pilih Apabila Ke Melaka

 
Minggu lalu, team Oh! Media seramai 10 orang berkesempatan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama-sama ke Melaka. Maka, kami memilih homestay di The Hut, Serkam untuk percutian kali ini.

ADVERTISEMENT

Ternyata, pandangan pertama kami pada tempat ini suka cukup buat kami jatuh cinta. Tak sangka wujud tempat penginapan resort yang cantik dan tersergam indah di sebalik rumah-rumah kampung di sekeliling.

Pengalaman pertama kami bermula apabila melangkah masuk ke The Hut dan telah disambut mesra oleh Pengurus resort tersebut iaitu Encik Khairul.

The Hut ini memiliki 5 bilik yang amat selesa dengan segala kemudahan tip-top seperti resort 5 bintang.  Harga bilik di The Hut bermula dengan RM160 untuk satu malam pada hari bekerja (weekday) manakala RM180 untuk satu malam pada hari minggu (weekend).

Bagi yang tercari-cari tempat percutian seisi keluarga bersempena hari keluarga dan sebagainya, memang sesuai sangat sebab The Hut ni boleh disewa secara keseluruhan bilik dan tempat pada satu masa. So korang boleh bersantai dengan family korang tanpa bercampur dengan orang lain.

Antara yang paling Oh! Media suka tentang The Hut ni, iaitu konsep tradisi berasaskan kayu-kayan yang sangat menenangkan, malah kemudahan yang disediakan amatlah flexible kerana memberi peluang kepada para pengunjung memilih apa yang mereka mahukan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah;

1. Boleh melakukan aktiviti BBQ. 

(Ada beberapa pakej yang anda boleh pilih, jika mahu pihak The Hut sediakan hidangan makanan untuk BBQ)

 2. Anda dibenarkan untuk memasak sendiri. 

(Peralatan lain seperti peti sejuk, pinggan mangkuk juga turut boleh digunakan oleh para pengunjung untuk menikmati juadah yang mereka bawa ke sana)

3.  WIFI Percuma yang boleh diakses dari dalam bilik. 

(Tapi untuk makluman Internet di Melaka agak tidak stabil. Jadi jika anda bercadang untuk melakukan kerja berat yang menggunakan Koata yang besar dinasihatkan untuk menyediakan Internet sendiri)

4. Ruang menonton TV beramai-ramai.

5. Beberapa buah basikal yang boleh disewa untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.

6. Kolam Renang bersaiz 7 x 15 untuk bermain air terutamanya kanak-kanak.

Setiap tetamu disediakan sarapan berasaskan roti, mentega, jem, kopi  dan teh secara percuma. Semuanya dilakukan dengan layan diri.

Jika anda berminat untuk mendapatkan hidangan yang lengkap, The Hut turut menyediakan beberapa pakej sarapan (RM6.50per/pax) dan makan tengahari (RM13.00per/pax) yang anda boleh pilih tetapi ianya harus diberitahu lebih awal bagi pihak mereka menyediakan menu tersebut.

Madu Kelulut

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah, pondok pondok kecil dibahagian tepi laman The Hut mempunyai rumah pokok madu kelulut.

Jadi para pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana madu kelulut dihasilkan dan anda boleh membeli madu tersebut disitu dengan harga RM35 sebotol.

Banyak tempat menarik disekitar The Hut

Lokasi The Hut sangat strategik kerana berada berhampiran dengan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh diakses dengan mudah seperti:

Medan Ikan Bakar Serkam (500m)

Jeti Nelayan Pantai Siring (2km) 

Medan Ikan Bakar Umbai (6km)

Bandaraya Melaka (23km)

Bagi anda yang nak merasai pengalaman yang menenangkan jiwa bersama keluarga di The Hut ini, anda harus membuat tempahan bilik lebih awal kerana bilik segera penuh terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bilik, boleh hubungi terus kepada pengurus The Hut iaitu Encik Khairul di talian +60123202611

Nama destinasi : The Hut @Serkam

Lokasi : KM 18, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka (waze)

Layari laman website dan Facebook The Hut

Bagi pihak Oh! Media, kami berterima kasih kepada pihak The Hut yang menjadikan percutian kami lebih bermakna. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas