Connect with us

Oh! Media

Antara 6 Tempat Menarik Yang Wajib Korang Pergi Dekat Kedah Gais!

Umum

Antara 6 Tempat Menarik Yang Wajib Korang Pergi Dekat Kedah Gais!

Fuhh! Penat gila tapi rasa sangat laa berbaloi jalan-jalan dekat Kedah ni gais! Banyak tempat-tempat menarik dan antara yang Ohmedia sempat pergi selama 2 hari sepanjang dekat Kedah haritu ialah Baka Hijau, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Padi, Menara Alor Setar, Pekan Rabu dan Masjid Zahir.

ADVERTISEMENT

ETS terbaru yang paling selesa

Sebelum tu Ohmedia nak bagitahu sikit la kan, daripada korang naik kereta berejam-jam habiskan masa dekat tengah jalan sambil mengadap pemandu-pemandu yang tak berapa nak berhemah sangat tu. Apa kata kalau korang naik ETS paling baru dari KTM Berhad yang Ohmedia naik tempoh hari.

Dalam ETS terbaru ni, KTM Berhad telah pun memperkenalkan tempat duduk Business Class untuk keselesaan korang sepanjang perjalanan yang agak lama tu. Ruangan tempat duduk dalam Business Class ni tersangat la selesa dan luas, tambah lagi ada pramugara dan pragari yang akan layan korang sepanjang perjalanan.

Dekat dalam Business Class juga ada sediakan screen dan korang boleh layan movie, internet dan dengar lagu dekat situ. Earphone pun ada disediakan sekali. Oh ya! Kalau korang nak order makanan atau minuman, tak payah susah-susah nak berjalan ke cafe, korang cuma perlu order dekat screen tu jer dan pramugara atau pramugari akan hantar sendiri makanan tu dekat korang nanti.

Kehidupan Di Bakau Hijau

Bakau Hijau ni sangat laa unik sebab dekat situ ada seorang penduduk yang terkenal dengan panggilan paksu, menternak tiram dan ketam. Masa Ohmedia pergi situ, sempat laa diorang bagi rasa makan tiram yang diorang ternak tu dan tunjukkan proses penternakan tiram dan ketam. Ketam dan Tiram yang diorang ternak ni semuanya akan dijual kepada pemborong-pemborong.

Sejarah Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang ni mempamerkan banyak artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan. Ia menunjukkan bukti yang Lembah Bujang pernah menjadi pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan perdagangan laut.

Menara Loq Staq

Dekat Menara Alor Setar tu korang boleh lepak makan sambil tengok view Kedah tau sebab lantai dekat situ akan berputar 360 darjah dan bawa korang layan view dari Menara Alor Setar tu.

Shopping di Pekan Rabu

Kalau korang pergi Pekan Rabu mesti akan bawa balik sekurang-kurangnya satu ole-ole sebab barang yang terjual semuanya murah-murah!

View paling best dekat Muzium Padi

Korang boleh layan pemandangan seakan-akan dari atas Gunung Keriang dekat Muzium Padi. Memang akan rasa betul-betul macam duduk atas gunung tu sebab paparan 360 darjah dari gunung ada ditayangkan kat dinding-dinding muzium. Tenang jer tau!

Masjid Tercantik dekat Kedah

Masjid Zahir ni merupakan masjid tercantik dan tertua la dekat Kedah ni. Masjid ni juga menjadi tarikan kepada pelancong asing disebabkan reka bentuknya yang sangat unik.

Ada banyak lagi tempat best yang boleh korang pergi dekat Kedah tapi ni jer la yang sempat Ohmedia pergi dan share kan dekat korang. Apa guna habiskan duit banyak-banyak untuk pergi ke luar negara tapi dalam negara sendiri ada banyak lagi tempat-tempat yang best untuk dilawati.

Terima kasih kepada KTM Berhad dan Tourism Kedah kerana sudi menjemput Ohmedia untuk merasa sendiri naik ETS yang terbaru tu dan bawa Ohmedia jalan-jalan di sekitar Kedah.

So, kalau korang tahu tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dekat Kedah ni, jangan la sombong-sombong nak share kat komen ya!

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas