Connect with us

Oh! Media

Pengakuan Diragui, Jalin Hubungan Intim Dengan Menteri

Umum

Pengakuan Diragui, Jalin Hubungan Intim Dengan Menteri

ADVERTISEMENT
Kecoh sekarang ini, apabila seorang lelaki bertindak membuat rakaman pengakuan bersumpah di Facebook yang setakat ini mendapat 250,000 tontonan, mendakwa bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang menteri, yang didakwa sebagai Azmin Ali. Lelaki berkenaan mendakwa bahawa rakaman yang tersebar diambil tanpa kebenaran dia pada 11 Mei 2019, ketika Pilihan Raya Kecil Sandakan diadakan. Bertindak dari itu, lelaki berkenaan meminta SPRM menjalankan siasatan keatas Azmin Ali atas tuduhan rasuah and meragui kredibiliti Azmin Ali sebagai seorang menteri.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Haziq Abdul Aziz, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama. Walaubagaimanapun, pengakuan berkenaan diragui oleh netizen, kerana ada beberapa keping gambar yang tular di media sosial menyatakan bahawa Azmin Ali tidak berada di Sandakan pada tarikh berkenaan.
Dakwaan ini semakin kuat apabila YB Jaffari Wiliam membuat posting pada Facebook yang mendakwa beliau menghantar Azmin Ali ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur setelah  membantu melakukan kempen Pilihan Raya Kecil Sandakan pada 10 Mei. Walau apapun isunya, harap perkara ini dapat diselesaikan kerana ia melibatkan aib seseorang.

Sumber : Oh My Media dan Amazing Nara

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas