Connect with us

Oh! Media

Penampilan Kajol Dalam Filem VIP2 Buat Ramai Tak Senang Duduk!

Branded

Penampilan Kajol Dalam Filem VIP2 Buat Ramai Tak Senang Duduk!

Sebut sahaja nama bintang sensasi Bollywood, Kajol pasti boleh menyebabkan histeria dan juga teruja luar biasa di kalangan peminatnya di negara ini.

Buktinya, kehadiran heroin Dilwale ini ke Malaysia baru-baru ini telah menyebabkan Kajol sendiri berasa terkejut dengan sambutan hebat di kalangan peminatnya yang sanggup menunggu dari awal petang lagi.

Pastinya ramai yang tidak sabar lagi dengan penampilan Kajol dalam filem terbaharunya, (VIP2) yang bakal menerjah pawagam pada 18 Ogos.

Sejak trailer filem dilancarkan memang ramai yang tak senang duduk katanya! Tonton trailer di bawah ni;


Kurang seminggu lagi! Ia merupakan susulan filem pertamanya yang telah pecah panggung pada 2014. Menariknya lagi filem yang turut disiarkan dalam bahasa Tamil ini, merupakan lakonan pertama Kajol selepas 2 dekad! VIP2 yang merupakan filem bercorak komedi drama turut ditayangkan dalam bahasa Hindi dan Telegu.

Tidak terhenti setakat itu, Kajol turut bergandingan dengan heronya yang hebat iaitu Dhanush sekaligus menyebabkan VIP2 semakin menarik dan dikatakan sebagai filem Tamil dan Bollywood paling ditunggu-tunggu pada tahun ini.

VIP2 diarahkan oleh Soundarya R Ashwin iaitu anak kepada pelakon legenda Rajinikant. Teka-teki tentang bila tayangannya juga sudah diketahui, jangan lupa serbu panggung seluruh negara pada 18 Ogos ini!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas