Connect with us

Oh! Media

Pemuda Malaysia Menyerlah Berentap Dengan Lebih 40 Buah Negara Seluruh Dunia

Umum

Pemuda Malaysia Menyerlah Berentap Dengan Lebih 40 Buah Negara Seluruh Dunia

Pentas akhir pertandingan i-Sing World 2018 yang berlangsung malam tadi di Paris telah menempah nama seorang anak muda dari Malasysia bagi kategori solo apabila dinobatkan sebagai juara.

ADVERTISEMENT

Penyanyi Syafeek Ikhwan, 30 membawa lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kau Kekasihku. Syafeek terpaksa berentap dengan lebih dari 40 buah negara dari seluruh dunia dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlan RM10,333.50, trodi dan tiket penerbangan ke Sepanyol untuk membuat persembahan pentas akhir i-Sing World 2019.

“Allahuakbar. Dengan izin Allah, berkat doa semua, ini saja yang mampu saya hadiahkan untuk negara. Hanya Allah yang tahu sebak dalam hati saat berkumandang lagu Negaraku di dalam dewan yang sarat dengan warga dari pelbagai negara, di tengah Kota Cinta”.

“Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih untuk sumbangan. Terima kasih untuk segalanya. Ini untuk Malaysia walau mungkin tidak seberapa, daripada insan yang hampir tidak disedari kelibatnya. Terima kasih” – katanya.

Sebelum ke pentas akhir, 44 peserta yang mewakili negara masing-masing itu perlu bertanding dengan melalui tiga pusingan kelayakan sebelum hanya 18 peserta yang diumumkan layak.

Syafeek menyanyikan lagu Perancis berjudul Je Suis Malade (nyanyian asal Lara Fabian) pada pusingan pertama, lagu Salam Terakhir (Datuk Sudirman Arshad) pada pusingan kedua dan lagu My Way (Frank Sinatra) pada pusingan ketiga.

Difahamkan, Syafeek telah menjuarai i-Sing Malaysia 2018 dengan membawa Lagu Cindai (Siti Nurhaliza) yang telah diadakan di Sky Park One City hujung bulan Julai yang lalu sebelum bertanding di i-Sing World Final 2018 yang telah diadakan di Novotel Paris.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas