Connect with us

Oh! Media

Pemohon Diminta Untuk Mengemas Kini Maklumat Bagi Permohonan BSH Kedua dan Ketiga

kemaskini permohonan bsh 2019png

Umum

Pemohon Diminta Untuk Mengemas Kini Maklumat Bagi Permohonan BSH Kedua dan Ketiga

Gambar: Mysumber

Bantuan Sara Hidup atau BSH 2019 telah pun mula diagihkan dan untuk bayaran fasa kedua,serta ketiga, pemohon diminta untuk mengemas kini maklumat isi rumah yang dijadual akan diberikan pada Mei dan Ogos depan.

Ini dimaklumkan oleh kementerian Kewangan yang mengatakan proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat isi rumah bermula semalam hingga 15 Mac depan itu dilaksanakan bagi memastikan hanya isi rumah yang layak menerima BSH.

Katanya, ia bagi memastikan sumber negara digunakan dengan berhemah serta tepat kepada golongan B40 dan mengelakkan ketirisan bantuan kepada golongan yang berada.

IKLAN

Bagi mereka yang layak, anda boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh didapatkan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Khidmat Hasil LHDN, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN atau memuat turun borang di portal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas