Connect with us

Oh! Media

Peminat OnePlus Tak Senang Duduk, Tarikh Pelancaran Nord Berlangsung 18 Ogos Nanti

Umum

Peminat OnePlus Tak Senang Duduk, Tarikh Pelancaran Nord Berlangsung 18 Ogos Nanti

Bagi peminat-peminat OnePlus, harini mereka mengumumkan yang model terbaru mereka iaitu OnePlus Nord akan masuk ke Malaysia tak lama lagi guys. Tarikh pelancaran One Plus Nord ni akan diadakan pada 18 Ogos nanti dan korang juga boleh tahu lebih lanjut tentang spec dan harga yang akan ditawarkan.


BACA : OnePlus Nord Akan Masuk Ke Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi

Untuk spesifikasi asas, smartphone ni ditawarkan dengan skrin sebesar 6.44 inci beresolusi 1080×2400 pixel dengan 90Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Snapdragon 765G dengan memori dari 6GB sehingga 12GB RAM bersama storage dari 64GB sehingga 128GB RAM.

Untuk bateri, smartphone ni didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,115mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB Type-C. Kamera utamanya pula dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra lebar + 5 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro dan kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel + 2 megapixel.

Ohmedia rasa mesti harga yang ditawarkan pda OnePlus Nord ni sangat berbaloi dengan harga yang akan mereka umumkan nanti. So sama-samalah kita nantikan ya guys.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca One Plus Nord di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top