Connect with us

Pemerintah Indonesia Dikritik Oleh Aktivis Alam Sekitar? Sebab Apa?!

Umum

Pemerintah Indonesia Dikritik Oleh Aktivis Alam Sekitar? Sebab Apa?!

Gambar sumber dari Nasional Kompas

Nampaknya kali ini bukan kita sahaja yang mengkritik ketelusan pemerintah Indonesia dalam mengatasi maslaah kebakaran sehingga menyebabkan masalah jerebu yang teruk, bahkan rakyat mereka, yang terdiri dari golongan aktivis alam sekitar turut mengkritik usaha pemerintah mereka.

Kumpulan aktivis alam sekitar ini berkata, pemerintah dilihat tidak serius untuk menangani permasalahan ini. Menurut Ketua Sumber Daya Wahana Linkungan Hidup Indonesia (WALHI) Khalisah Khalid mendakwa, tiada tindakan tegas dilakukan terhadap individu atau syarikat yang sengaja membakar hutan ketika ini. Tambahnya lagi, 10 syarikat yang didapati bersalah melakukan kebakaran hutan pada 2012 hingg 2015 sebelum ini juga belum dikenakan tindakan.

Dipetik dari Awani, Rudiansyah, Direktur Eksekutif WALHI di Jambi pula mendakwa, pemerintah hanya mengambil tindakan terpilih kepada pelaku pembakaran hutan. Kerana menurut beliau, lebih 11 ribu hektar kawasan hutan terbakar di Jambi, namun tiada sebarang tindakan dijalankan katas mana-mana pihak.

Gamabr sumber dari Nasional Tempo.com

Menurut info yang Ohmedia dapat, meskipun Riau mengalami masalah jerebu yang teruk, Gabernor Riau, Syamsuar dan Wali Kota Pekanbaru, Firdaus kini berada di luar negara, atas sebab apa Ohmedia kurang pasti. Namun tindakan mereka mengundang kekesalan kepada masyarakat kerana situasi kian memburuk di daerah Riau.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top