Connect with us

Oh! Media

Pembunuh Kucing di Dobi Akhirnya Mengaku Bersalah – Dipanjara 2 Tahun

Umum

Pembunuh Kucing di Dobi Akhirnya Mengaku Bersalah – Dipanjara 2 Tahun

September lalu, telah kecoh berikutan satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki dewasa tergamak memasukkan seekor kucing betina bunting ke dalam mesin pengering pakaian sehingga mati di sebuah premis dobi layan diri dan kini seorang lelaki yang juga pemandu teksi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen.

ADVERTISEMENT

Lelaki itu iallah, A. Mohanraj berumur 42 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh Hakim Rasyihah Ghazali selepas tertuduh menukar kepada pengakuan bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sebelum ini rakan Mohanraj, S.Satthiya, 27, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama manakala seorang lagi K. Ganesh, 42, kekal pengakuan tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis Dobi Queen Self Service Laundry, Taman Gombak Ria antara pukul 12.54 tengah malam hingga 1 pagi pada 11 September 2018.

Berdasarkan seksyen itu, ke­dua-dua tertuduh boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Walaubagaimanapun, A. Mohanraj dilihat amat menyesali di atas perbuatannya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sepanjang ditahan saya telah dihina dan diejek oleh banduan lain kerana perbuatan saya ini ,” katanya.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas