Connect with us

Oh! Media

‘Akan Tiba Masanya Satu Hari Nanti’ Kata Menteri Agama Berkenaan Pembukaan Masjid & Surau

Umum

‘Akan Tiba Masanya Satu Hari Nanti’ Kata Menteri Agama Berkenaan Pembukaan Masjid & Surau

Ohmedia percaya pasti ramai umat Islam di Malaysia yang rindu untuk solat berjemaah di Masjid dan Surau. Lagi-lagi bila sekarang kita berada di bulan Ramadan dan sepatutnya setiap malam kita berkumpul di Masjid dan Surau untuk menunaikan solat sunat Terawih.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, aktiviti ini terpaksa dihentikan buat seketika bagi memastikan wabak Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada ketika ini dapat dikawal.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan yang beliau sudah melakukan perjumpaan bersama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan pembukaan semula Masjid dan Surau.

Terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KP Kesihatan atas kesudian untuk meneliti garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas JK Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Soal bilakah masa yang sesuai untuk pelaksanaannya, kita berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM selaku pihak yang berkepakaran. ⁣

Akan tiba masanya satu hari nanti, semua rumah ibadah akan dibuka dan kita kembali mengimarahkannya dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. – Tulisnya.

Segala usaha sedang diambil kerajaan dan pihak KKM dalam memastikan keadaan kembali pulih. Diharapkan rakyat terus bersabar dan janganlah kita mengeluarkan apa-apa berita yang berbentuk fitnah dan andaian tak sepatutnya.




Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

+ Baca respon pembaca yang mahukan Masjid kembali dibuka di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas