Connect with us

Oh! Media

Pembikinan Klip Video Fazura Menelan Kos Paling Mahal

45864616 390584211482872 2517104990164574500 njpg

Umum

Pembikinan Klip Video Fazura Menelan Kos Paling Mahal

Pelakon dan Penyanyi wanita, Fazura kini telah mengeluarkan single terbarunya iaitu ‘Can’t Forget Me’ dan dimaklumkan bahawa perbelanjaan pembikinan klip video single miliknya telah menelan kos yang paling besar dalam sejarah pembikinan klip video Universal Music Malaysia.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong yang tidak menyatakan kos sebenar pembikinan klip video itu, bagaimanapun berkongsi kos tersebut adalah bersamaan pembuatan empat klip video.

“Saya belum mendapatkan perangkaan rasmi kos pembikinan klip video Fazura. Apa yang boleh dikongsikan, klip video ini menelan perbelanjaan yang paling tinggi bersesuaian dengan status Fazura.

IKLAN

“Pihak Universal Music Video mempunyai pelbagai perancangan untuk Fazura. Ia termasuk membina nama Fazura bukan sahaja sebagai penyanyi, malah sebagai penulis,” katanya.

Sesi tayangan klip video Can’t Forget Me di Lightbox Sungai Buloh dan ia merupakan lagu ciptaan sulung Fazura dengan kerjasama Willy Beaman dan Cameron Forbes berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas