Connect with us

Oh! Media

Pembenihan Awan Berjaya, Tapi Berbaloikah?

Umum

Pembenihan Awan Berjaya, Tapi Berbaloikah?

Gambar sumber dari TUDM

Semalam satu usaha telah dilakukan oleh Meteorologi Malaysia dengan kerjasam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) meliputi beberapa negeri yang terjejas dengan jerebu, antaranya Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

ADVERTISEMENT
Ganbar sumber dari TUDM

Dari apa yang Ohmedia tahu, operasi berkenaan bermula seawal pukul 8.50 pagi dengan proses melarutkan 800 kilogram grama bersama 4,800  liter air kedalam empat tong yang berkapasiiti 1,500 liter setiap satu.

Gmabar sumber dari TUDM

Menurut info yang dipetik dari Awani, operasi yang dilakukan telah membuahkan hasilkan apabila, Hujan dilaporkan di Cheras, Bangsar, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang, Gombak, Seremban, Tampin, Jelebu, Alor Gajah dan Jasin walaupun tidak menyeluruh
seperti yang dijangka.

Meskipun berjaya, tapi pandangan Ohmedia sendiri, sampai bila OPA ini mahu dilakukan? Takkan tiap kali jerebu, tiap kali itu juga kita kena lakukan pembenihan awan? Selagi sumber kebakaran itu tidak dipadam, selagi itu jerebu akan sentiasa ada, dan pembenihan awan terpaksa dilakukan dengan kerap. Bagi Ohmedia, Malaysia terpaksa menanggung beban bukan sahaj dari segi kos kesihatan, bahkan kos menjalankan operasi pembenihan awan berkenaan. Diharap pemerintah Indonesia serius dalam menangani masalah ini.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas