Connect with us

Oh! Media

Pemandu Toyota Vios Didapati Positif Ganja

Umum

Pemandu Toyota Vios Didapati Positif Ganja

Berikutan dengan kemalangan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan sebuah kereta SUV tercampak ke dalam laut, pemandu Toyota yang dilihat menjadi punca telah dikenal pasti.

ADVERTISEMENT

Pemandu yang berusia 21 tahun berkenaan didapati positif ganja dan ini dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.

“Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.

“Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.

Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.

“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas