Connect with us

Oh! Media

Pemandu Kenderaan e-Panggilan Dilarang Menunggu Penumpang di Lapangan Terbang

Umum

Pemandu Kenderaan e-Panggilan Dilarang Menunggu Penumpang di Lapangan Terbang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu kenderaan e-panggilan atau Grab dilarang menunggu atau mencari penumpang ketika menjalankan perkhidmatan di mana-mana tempat termasuklah di kawasan lapangan terbang.

ADVERTISEMENT

Perkara tersebut termaktub di bawah syarat-syarat lesen pengendalian e-panggilan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pemandu hanya dibenarkan mematuhi salah satu daripada syarat perkhidmatan e-panggilan iaitu pemandu hendaklah mengambil penumpang yang dilanggan melalui perkhidmatan atas talian mudah alih atau aplikasi yang disediakan oleh syarikat pengendali.

Bagi pemandu perkhidmatan e-panggilan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di bawah akta berkenaan boleh dikenanakan tindakan undang-undang. Ia berikutan daripada JPJ mengulas dakwaan pemandu Grab yang disaman di bawah kesalahan menggunakan Lesen Kenderaan Moto kerana mengambil pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Antara persediaan yang perlu dibuat pemandu e-panggilan adalah untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV), lesen pengendali perkhidmatan e-panggilan dan menjalani pemeriksaan kenderaan di pusatpemeriksaan kenderaan (Puspakom).

Sumber: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas