Connect with us

Oh! Media

Pemain Liverpool Mohamed Salah Di-boo Penonton Kerana Mengganggu Makka Menendang Bola

Umum

Pemain Liverpool Mohamed Salah Di-boo Penonton Kerana Mengganggu Makka Menendang Bola

ADVERTISEMENT
Pada 13 Mei yang lepas, pemain bola bagi pasukan Liverpool Mohamed Salah telah dianugerahkan kasut emas EPL 2017/18 dengan 32 gol liga iaitu rekod baru bagi jaringan semusim di EPL.
Ketika Mohamed Salah menerima kasut emas, anak Mohamed Salah, iaitu Makka Mohamed telah berjaya ‘merampas’ saat-saat istimewa buat ayahnya di Anfield. Mohamed telah menyambut detik istimewa ini bersama isteri dan anaknya dalam hari terakhir musim ini di Anfield.
Makka Mohamed kelihatan sedang leka bermain bola di tepi kawasan padang ketika ayahnya sedang menerima anugerah. Makka disorak dengan kuat oleh penyokong Liverpool setiap kali Makka berjaya menendang bola.
Setelah Mohamed Salah selesai menerima anugerah, Mohamed Salah pergi ke arah anaknya dan kemudian cuba merampas bola dari kaki Makka. Ketika itu, Salah di-boo penyokong Liverpool dan secara pantas Salah ‘meminta maaf’ kerana menggangu aksi anaknya.
Salah kemudian meninggalkan padang dan membiarkan Makka melakukan aksi comelnya yang telah berjaya menarik perhatian penyokong. Makka seperi mengetahui bahawa semua penyokong telah bersorok untuknya. Makka kelihatan teragak-agak tetapi tetap meneruskan tendangan bolanya.
Makka Mohamed baru berusia 4 tahun hasil perkahwinan Mohamed Salah dengan Maggi pada 2013. Nama anaknya Makka di ambil daripada kota suci Mekah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas