Connect with us

Oh! Media

Pelumba F3 Sophia Terselamat Daripada Lumpuh

5bf2ae49fc7e931f1e8b4626jpg

Umum

Pelumba F3 Sophia Terselamat Daripada Lumpuh

Insiden ngeri yang membabitkan pelumba Formula 3 (F3), Sophia Florsch diberitakan dalam keadaan baik dan selamat dari risiko lumpuh apabila pembedahan retak tulang belakangnya berjaya.

Pemilik Van Amersfoort Racing, Frits van Amersfoort berkata doktor yang melakukan pembedahan ke atas pelumbanya itu di Jerman mengesahkan semuanya selamat dan pelumba itu terpaksa ditahan selama dua minggu di hospital.

“Semuanya selamat dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Lumpuh merupakan antara ketakutan utama kami. Sebab itulah pembedahan terpaksa dilakukan lebih cepat kerana ada risiko tulang belakangnya akan jadi lebih parah.

IKLAN

“Kami gembira semuanya selamat dan tiada risiko lumpuh. Kami berharap Sophia akan lebih baik dan pulih dengan segera,” katanya.

Sophia terselamat daripada maut selepas mengalami kemalangan ngeri di perlumbaan Grand Prix FIA F3 Piala Dunia Macau, Ahad lalu.

Kemalangan itu melibatkan beberapa pelumba dan ia juga turut merempuh kawasan jurufoto yang menyaksikan beberapa jurufoto dan marshal berhampiran turut mengalami kecederaan.

Mengulas insiden itu, Van Amersfoort menyifatkan Sophia cukup bertuah kerana terselamat dalam kemalangan ngeri yang dianggarkan berlaku dalam kelajuan276 kmj itu.

Ditanya sama ada Sophia akan kembali beraksi bersama pasukan, Van Amersfoort berkata, pelumba berusia 17 tahun itu diyakini akan kembali, namun mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih dari segi emosi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas