Connect with us

Oh! Media

Peluang Menang Tiket Ke Los Angeles Secara Percuma Dalam Larian Amal

Umum

Peluang Menang Tiket Ke Los Angeles Secara Percuma Dalam Larian Amal

ADVERTISEMENT
Semalam berlangsungnya perlancaran Larian Amal SP Winds Road to LA Run bagi bertujuan mengumpul dana untuk menerbangkan kumpulan Okestra yang terdiri dari kira-kira 50 pelajar untuk bertanding di Festival Muzik Antarabangsa di Los Angeles.

Kumpulan Okestra dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini dijemput khas untuk menyertai pertandingan berprestij yang berlangsung pada 19 hingga Jun di Los Angeles dan menjadi satu-satu kumpulan peserta dari negara Asia. 

Demi merealisasikan impian untuk mengharumkan nama negara di mata dunia, pihak pengurusan sekolah memerlukan peruntukan kira-kira RM800,000 meliputi kos tiket penerbangan dan penginapan semasa di Los Angeles selama seminggu.

Jesteru itu, Larian Amal SP Winds Road to LA RUN ini merupakan salah satu inisiatif bagi tujuan itu dan sasaran awal adalah untuk mengumpul RM200,000.

Acara larian terbahagi kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km yang terbuka untuk lelaki dan wanita malah golongan veteran.

Hadiah Pemenang Larian Amal

Tempat Pertama: RM500 beserta Trofi
Tempat Kedua: RM400 beserta Trofi
Tempat Ketiga: RM300 beserta Trofi
Tempat keempat: RM200 beserta Trofi
Tempat Kelima: RM150 beserta Trofi
Tempat Keenam: RM100 beserta Trofi
Tempat Ketujuh: Trofi

Cabutan Bertuah : Tiket Pergi dan Balik ke Lost Angeles 

Yang menariknya, semua berpeluang untuk memenangi satu tiket penerbangan pergi dan balik ke Los Angeles dalam acara cabutan bertuah.

Oleh itu, jom sertai sekarang. Daftar segera di

Website https://event.howei.com/event/sp-winds-road-la-run-2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas