Connect with us

Pelita Belia Kampung Baru Subang Naikkan Semangat Perantau Tidak Dapat Pulang Ke Kampung

Oh! Lifestyle

Pelita Belia Kampung Baru Subang Naikkan Semangat Perantau Tidak Dapat Pulang Ke Kampung

Sejak berlakunya pandemik COVID-19 awal tahun ini, pelbagai kejadian berlaku dan menyebabkan kita yang beragama Islam tidak dapat menjalankan ibadah puasa dan menyambut hari raya seperti tahun-tahun lepas. Usaha kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuatkan rata-rata warga perantau yang mencari rezeki di ibukota tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang untuk menyambut raya.




Oleh itu, satu inisiatif telah dijalankan oleh sekumpulan belia kampung, Kampung Melayu Subang dengan menyalakan pelita diseluruh kawasan kampung bagi mengubati rasa rindu pada kampung halaman. Inisiatif ini dijalankan kerana majoriti penduduk kampung berkenaan adalah orang luar yang merantau mencari rezeki di ibukota. Berbekalkan semangat yang ada, belia-belia ini telah membuat collection antara mereka untuk menjayakan inisiatif ini. Batang paip putih dan air tin Redbull diguna sebagai pelita mana kain buruk sebagai sumbu.




Ohmedia puji usaha ini kerana ia satu usaha yang perlu dicontohi oleh mana-mana persatuan penduduk atau jawatankuasa kampung untuk menggerakkan belia mewujudkan suasana hari raya meskipun dalam PKPB. Menurut info yang Ohmedia dapat, inisiatif ini dilakukan bukan sahaja untuk mengubati kerinduan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut raya, tetapi juga inisiatif untuk merapatkan ukhwah antara belia Kampung Melayu Subang. Ini kerana sebelum ini kurangnya aktiviti sesama belia dikampung berkenaan.

Dengan adanya aktiviti ini, diharapkan menjadi wadah kepada belia Kampung Melayu Subang untuk lebih merapatkan uhkwah yang terbina. Semoga belia Kampung Melayu Subang dapat meneruskan inisiatif ini untuk masa yang akan datang meskipun nanti tiada PKPB dilaksanakan kelak.

Kredit : Cerita Kampung Subang

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending

To Top