Connect with us

Oh! Media

Pelawak Terkenal Di Tahan Polis Kerana Positif Dadah? Seriously?!

apabila2bdipasang2bdengan2bmeter2bbaharu2bmaka2bada2bpeningkatan2bdalam2bbil 2bir2bmegat2bjalaluddin2bmegat2bhassan2b252872529png

Umum

Pelawak Terkenal Di Tahan Polis Kerana Positif Dadah? Seriously?!

Bekas pelawak kumpulan Senario ditahan selepas positif ganja di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Taman Maluri kelmarin. Pelawak berusia 41 tahun yang memegang watak utama dalam filem Aku Kaya The Movie itu ditahan bersama dua rakannya termasuk seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang. Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek wanita berusia 26 tahun itu pihak polis menemui satu paket dadah jenis methamhetamin.
“Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine. Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor,” katanya.
Menurutnya lagi, pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam.
“Dua suspek lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, pelawak itu pernah ditahan polis atas kesalahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya pada Julai 2015.
Sumber: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


IKLAN

Youtube Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas