Connect with us

Oh! Media

Pelawak Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Umum

Pelawak Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Sebelum ini telah tersebar di media sosial video dan beberapa gambar menunjukkan seorang pelawak terkenal dikatakan telah membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan akibat tidak puas hati.

ADVERTISEMENT

Namun, maklumat terbaru mengatakan pelawak terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.

“Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.

“Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan,” katanya Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar.


Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, artis itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

“Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

“Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan dia menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu,” katanya.

Sumber penuh: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas