Connect with us

Oh! Media

Pelan Digi Abadi Didatangkan Dengan Insuran Hayat Percuma Sehingga RM40,000

Umum

Pelan Digi Abadi Didatangkan Dengan Insuran Hayat Percuma Sehingga RM40,000

Syarikat Telekomunikasi Digi telah bekerjasama dengan AXA Affin Life Insurance menawarkan Digi Prepaid Abadi, mengandungi plan internet yang dilengkapi insurans perlindungan hayat percuma gais. Kedua-dua syarikat ini mengatakan yang pelan prabayar edisi terhad ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat malaysia terus berhubung dan sentiasa dilindungi dengan baik.

ADVERTISEMENT

2 nilai hebat dalam satu pelan

Digi Prepaid Abadi menggabungkan servis mereka ke dalam satu pelan yang ditawarkan secara eksklusif di Digi Online Store kepada 100,00 pelanggan yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 30 hingga 55 tahun.

Korang perlu membeli pek permulaan pada harga RM28 untuk melanggan Digi Prepaid Abadi ni yang juga mengandungi insurans perlindungan hayat sehingga RM40,000 yang akan cover kematian, kemalangan disebabkan kematian dan perbelanjaan pengebumian secara percuma. Harga bulanan seterusnya pula cuma dikenakan RM20 jer gais.

Pelan ini menawarkan 3GB kuota internet berkelajuan pantas sehingga 30 hari. Panggilan suara pula, cuma 10 sen jer untuk satu minit dan SMS kesemua rangkaian. Sekiranya korang terus kekal dengan pelan ini, korang akan dapat bonus kesetiaan sehingga RM55,000 insuran hayat dan 6GB kuota internet.

Digi Prepaid Plan ini hanya terbuka kepada pendaftaran baru saja dan bagi pelanggan Digi yang sedia ada, korang perlu mendaftar talian baru. Sekiranya korang terus kekal dengan pelan ini, korang akan dapat lebih banyak bonus kesetiaan dari yang sedia ada.

Memang berbaloi dengan apa yang dibayar tu, tak rugi pun sebab banyak manfaat yang korang boleh dapat dengan hasil kerjasama antara Digi dan AXA Affin Life Insurance ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke Pelan Prepaid Abadi ya gais.

Kredit : Digi

+ Baca respon pembaca pelan Digi Abadi di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas