Connect with us

Oh! Media

honda jazz

Oh! Tidak

Seorang Lagi Remaja Meninggal Dunia Dalam Nahas Honda Jazz

Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, meninggal dunia pada malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada tiga orang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan remaja lelaki berusia 17 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23 malam. Arwah ketika itu menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

IKLAN

Pemandu Honda Jazz tiada lesen…

honda jazz

Mangsa merupakan penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama seorang rakan lelaki berusia 13 tahun. Kini, tiga individu lain masih dalam keadaan parah dan sedang menerima rawatan di HTJ.

Setakat ini, tiga mangsa masih dalam rawatan iaitu rakan kepada Allahyarham Aisar Azim serta pemandu dan penumpang Honda Jazz yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun.

Sebelum ini, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah Honda Jazz.

honda jazz

BACA: Keluarga Mangsa Kemalangan Honda Jazz Akan Tuntut Keadilan

Menurut polis, Honda Jazz itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.

Difahamkan, dia gagal menghentikan kenderaannya ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal yang berada di laluan tersebut.

Jenazah mangsa terbaru dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat, malam ini.

honda jazz

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas